Sultan Selangor akan berangkat ke London jalani pembedahan

Sultan Selangor menerima menghadap Anwar pada Selasa di Istana Bukit Kayangan pada Selasa.
Sultan Selangor menerima menghadap Anwar pada Selasa di Istana Bukit Kayangan pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan berangkat ke London pada Jumaat bagi menjalani rawatan dan pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP).

Baginda akan berada di sana lebih dua minggu dan dijangka pulang ke tanah air pada 15 Ogos depan.

Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadap bagi merafak sembah ucapan selamat berangkat kepada baginda.

Menurut perkongsian di Selangor Royal Office, Anwar mendoakan agar baginda Sultan dianugerahkan keafiatan dan urusan pembedahan dipermudah serta diberi kesembuhan segera.

"Baginda turut berkenan menzahirkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan beliau yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda," menurut kenyataan itu pada Khamis.