VFive Group sumbang kepada PERYATIM, bantu pendidikan anak yatim

Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Datuk Mohd Syafiq menerima plak penghargaan yang disampaikan oleh anak Premier Sarawak, Puan Dayang Norjihan
Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Datuk Mohd Syafiq menerima plak penghargaan yang disampaikan oleh anak Premier Sarawak, Puan Dayang Norjihan
A
A
A

KUCHING – VFive Group Sdn Bhd menyalurkan sumbangan kepada Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) bagi membantu memperkukuh usaha kebajikan, pendidikan dan pembangunan masa depan anak-anak yatim di negeri ini.

Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, sumbangan itu mencerminkan komitmen syarikat untuk berkongsi kejayaan perniagaan dengan masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan perhatian dan sokongan.

Menurutnya, kejayaan sesebuah syarikat tidak seharusnya diukur berdasarkan keuntungan serta pencapaian korporat semata-mata, sebaliknya turut dinilai melalui sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat.

“Di VFive Group, kami percaya bahawa kejayaan sesebuah perniagaan bukan hanya diukur melalui keuntungan dan pencapaian korporat semata-mata, tetapi juga sejauh mana kejayaan tersebut dapat dikongsi untuk membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

“Justeru, kami berharap sumbangan ini dapat menyokong usaha PERYATIM dalam menyediakan peluang pendidikan dan membina masa depan yang lebih baik buat anak-anak yatim di bawah jagaannya,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama sektor korporat dengan organisasi kebajikan perlu diperluas bagi memastikan lebih banyak inisiatif dapat dilaksanakan untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Sumbangan berkenaan disalurkan menerusi Majlis Jamuan Amal Makan Malam anjuran AD Interact International Sdn Bhd bersama PERYATIM di Hotel Sheraton, Kuching, pada Jumaat.

Majlis yang turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu bertujuan mengumpul dana bagi menyokong pelaksanaan program kebajikan dan pendidikan anak-anak di bawah jagaan PERYATIM.

Selain penglibatan dalam program berkenaan, VFive Group menerusi Yayasan VFive turut melaksanakan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) meliputi bantuan kebajikan, sokongan pendidikan dan pembangunan komuniti.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!