RM33.2 juta atasi masalah air di Lipis

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang melalui Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) memperuntukkan sebanyak RM32.2 juta bagi menyelesaikan masalah air di tujuh kawasan tumpuan di Lipis.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah penambahbaikan bekalan air di kawasan terlibat telah dan sedang dijalankan secara menyeluruh demi manfaat rakyat.

Menurutnya, antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah menaik taraf sistem agihan air di Loji Rawatan Air (LRA) Jelai.

"Kos pembinaan loji ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM15.8 juta dan bakal memberi impak positif kepada 6,378 pemilik akaun.

"Bagi fasa pertama telah pun siap dan fasa kedua projek ini dijangka siap sepenuhnya pada September tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial facabook rasmi miliknya pada Isnin.

Beliau menjelaskan, projek fasa pertama itu telah memberi impak di kawasan-kawasan tumpuan seperti di Sungai Kerpan, Cheneras Jaya, Maktab Perguruan Ampuan Afzan, Sekolah Sri Lipis, Flat Tempoyang, Kuarters Kerajaan Batu tiga, Jeram Bungor dan Kuala Lanar.

"Kapasiti LRA Jelai dapat dinaikkan dari menghasilkan 50,0000 liter (500m3) kepada 100,000 leter (1000m3) sejam air terawat dengan kenaikan kapasiti 100 peratus," ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar kerana banyak membantu mengatasi masalah bekalan air di Lipis dengan menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM111 juta.

Artikel Berkaitan:

Katanya, perancangan untuk mengatasi masalah air di daerah lain juga kini sedang diperincikan dalam masa terdekat.

"Saya yakin segala perancangan yang diatur ini dapat memberi keselesaan berpanjangan kepada rakyat pada masa akan datang," katanya.