Sila log masuk terlebih dahulu.

Jangkitan Covid-19 dalam negara semakin terkawal

Permulaan yang baik untuk Malaysia yang memasuki fasa peralihan ke endemik bermula Jumaat apabila kes jangkitan Covid-19 kekal bawah belasan ribu sejak hampir seminggu lepas. - Gambar hiasan
Permulaan yang baik untuk Malaysia yang memasuki fasa peralihan ke endemik bermula Jumaat apabila kes jangkitan Covid-19 kekal bawah belasan ribu sejak hampir seminggu lepas. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Permulaan yang baik untuk Malaysia yang memasuki fasa peralihan ke endemik bermula Jumaat apabila kes jangkitan Covid-19 kekal bawah belasan ribu sejak hampir seminggu lepas.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Ro/Rt) juga menurun bawah 1.00 dan pada Jumaat berada pada paras 0.87

Sebanyak 17,476 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan pada Jumaat dengan Selangor menyumbang sebanyak 10,623 kes, menjadikan kes kumulatif Covid-19 negara sebanyak 4,219,395 kes.

Untuk rekod, Malaysia mencatat kes harian baharu terendah sebanyak 13,336 kes pada 28 Mac 2022. Angka terendah sekitar 13,000 direkod pada tahun 2022 ialah pada 8 Februari (13,944 kes).

Bilangan negeri yang mencatat kes harian tinggi juga menurun sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 26 Mac hingga 1 April 2022 dan selain kes lima angka Selangor, hanya Wilayah Persekutuan mencatat kes empat angka iaitu sebanyak 1,191.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lalu mengumumkan fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai 'exit strategy' untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan Covid-19.

Fasa ini juga fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik dan pengumuman mengenainya hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Rekod kes harian baharu sepanjang tempoh Rangkuman ini:-

Artikel Berkaitan:

26 Mac (20,923), 27 Mac (16,863), 28 Mac (13,336), 29 Mac (15,215), 30 Mac (15,941), 31 Mac (18,560) dan 1 April (17,476).

Kes sembuh masih mengatasi kes harian baharu pada kebanyakan hari sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini dan membantu menurunkan jumlah kes aktif Covid-19 dalam negara. Setakat jam 11:59 malam 1 April 2022, kes aktif Covid-19 adalah sebanyak 206,979 kes.

Rekod kes sembuh Covid-19 untuk tempoh Rangkuman ini:-

26 Mac (25,467), 27 Mac (26,171), 28 Mac (25,552), 29 Mac (24,154), 30 Mac (21,186), 31 Mac (18,253) dan 1 April (17,321).

Dengan sebanyak 4,219,395 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 23 daripada 225 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Australia (4,578,752) dan Ukraine (4,968,881).

Dalam kalangan 225 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Korea Selatan mencatat angka kes harian baharu tertinggi pada Jumaat iaitu 280,187 kes dengan 360 kematian, diikuti Jerman 231,910 kes (287 kematian) dan Perancis 148,629 kes (134 kematian).

Data CovidNow KKM setakat jam 11:59mlm 1 April 2022 menunjukkan kes aktif Covid-19 sebanyak 206,979 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 201,924 kes (97.6 peratus) dikuarantin di rumah.

Sebanyak 615 kes (0.3 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 4,177 kes (2.0 peratus) di hospital; 101kes (0.0 peratus) di unit rawatan rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 162 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Negeri yang mencatat kes lima dan empat angka sepanjang tempoh Rangkuman ini, seperti berikut:-

26 Mac - Negeri Sembilan (1,304), Perak (1,185), Pulau Pinang (1,145), Selangor (10,790) dan WP Kuala Lumpur (1,855).

27 Mac - Selangor (9,273) dan WP Kuala Lumpur (1,395).

28 Mac - Selangor (6,509) dan WP Kuala Lumpur (1,317).

29 Mac - Selangor (6,985) dan WP Kuala Lumpur (1,434).

30 Mac - Selangor (7,748), dan WP Kuala Lumpur (1,411).

31 Mac - Selangor (10,735), WP Kuala Lumpur (1,188) dan Negeri Sembilan (1,077).

1 April - Selangor (10,623) dan WP Kuala Lumpur (1,191)

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar pada Sabtu, daripada 17,476 kes harian baharu direkod pada 1 April, kategori satu sebanyak 9,813 kes (56.15 peratus); kategori dua sebanyak 7,552 kes (43.22 peratus); kategori tiga sebanyak 37 kes (0.21 peratus); kategori empat sebanyak 34 kes (0.21 peratus) dan kategori lima sebanyak 37 kes (0.21 peratus).

KKM meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori lima. Kategori empat untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksigen dan kategori tiga pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (gejala ringan).

Sebanyak 17,321 kes sembuh pesakit Covid-19, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 3,977,403 (94.3 peratus).

Sebanyak 125 kes di Unit Rawatan Rapi disahkan sebagai Covid-19 setakat Jumaat dan 72 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini kekal bawah paras 1.00. Data untuk Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

26 Mac (0.93), 27 Mac (0.93), 28 Mac (0.92), 29 Mac (0.89), 30 Mac (0.88), 31 Mac (0.87) dan 1 April (0.87).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 1 April 2022 adalah Selangor (1.07).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario Covid-19 di Malaysia

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

26 Mac (242,487), 27 Mac (233,179), 28 Mac (220,872), 29 Mac (236,023), 30 Mac (206,591), 31 Mac (206,854) dan 1 April (206,979).

Perincian kes harian baharu (17,476 kes) mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 1 April 2022, adalah seperti berikut:- (+kes import)

Kes harian baharu lima angka - Selangor 10,558 (+65);

Kes harian baharu empat angka - WP Kuala Lumpur 1,188 (+3).

K​​​​es harian baharu tiga angka - Johor 619 (+4), Kedah 509 (+20), Kelantan 162 (+16), Melaka 434 (+5), Negeri Sembilan 588 (+0), Pahang 471 (+ 25), Perak 768 (+20), Pulau Pinang 728 (+2), Sabah 269 (+1), Sarawak 647 (+1) dan Terengganu 229 (+0).

Kes baharu dua angka - Perlis 32 (+0), WP Labuan 56 (+0 ) dan WP Putrajaya 54 (+2).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

26 Mac - Kes baharu: 20,923 kes (4,122,004 kes kumulatif); Kes import: 228 kes [203 warganegara

(89.0 peratus); 25 bukan warganegara (11.0 peratus)]; Kes tempatan: 20,695 kes [19,905 warganegara

(96.2 peratus); 790 bukan warganegara (3.8 peratus)];

27 Mac - Kes baharu: 16,863 kes (4,138,867 kes kumulatif); Kes import: 238 kes [236 warganegara

(99.2 peratus); 2 bukan warganegara (0.8 peratus)]; Kes tempatan: 16,625 kes [16,031 warganegara

(96.4 peratus); 594 bukan warganegara (3.6 peratus)];

28 Mac - Kes baharu: 13,336 kes (4,152,203 kes kumulatif); Kes import: 189 kes [179 warganegara

(94.7 peratus); 10 bukan warganegara (5.3 peratus)]; Kes tempatan: 13,147 kes [12,530 warganegara

(95.3 peratus); 617 bukan warganegara (4.7 peratus)];

29 Mac - Kes baharu: 15,215 kes (4,167,418 kes kumulatif); Kes import: 250 kes [227 warganegara

(90.8 peratus); 23 bukan warganegara (9.2 peratus)]; Kes tempatan: 14,965 kes [14,339 warganegara

(95.8 peratus); 626 bukan warganegara (4.2 peratus)];

30 Mac - Kes baharu: 15,941 kes (4,183,359 kes kumulatif); Kes import: 168 kes [161 warganegara

(95.8 peratus); 7 bukan warganegara (4.2 peratus)]; Kes tempatan: 15,773 kes [15,100 warganegara

(95.7 peratus); 673 bukan warganegara (4.3 peratus)];

31 Mac - Kes baharu: 18,560 kes (4,201,919 kes kumulatif); Kes import: 187 kes [175 warganegara

(93.6 peratus); 12 bukan warganegara (6.4 peratus)]; Kes tempatan: 18,373 kes [17,550 warganegara

(95.5 peratus); 823 bukan warganegara (4.5 peratus)];

1 April - Kes baharu: 17,476 kes (4,219,395 kes kumulatif); Kes import: 164 kes [159 warganegara

(97.0 peratus); 5 bukan warganegara (3.0 peratus)]; Kes tempatan: 17,312 kes [16,401 warganegara

(94.7 peratus); 911 bukan warganegara (5.3 peratus)];

Sementara itu, jumlah kluster aktif dalam negara setakat Jumaat 1 April 2022 sebanyak 194 kluster. Secara keseluruhan, sebanyak 6,938 kluster dikesan dan 6,744 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (26 Mac hingga 31 Mac 2022), hanya 15 kluster baharu direkod, iaitu 6 (40 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi, 5 (33.3 peratus) kluster pendidikan dan 4 (26.7 peratus) kluster tempat kerja.

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

26 Mac - 3 (pendidikan 2 dan kumpulan berisiko tinggi 1 );

27 Mac - 1 ( kumpulan berisiko tinggi 1 );

28 Mac - 2 (tempat kerja 1 dan pendidikan 1 );

29 Mac - 2 (pendidikan 1 dan kumpulan berisiko tinggi 1 );

30 Mac - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1) ;

31 Mac - 0 (0 ).

1 April - 6 (tempat kerja 3, pendidikan 1 dan kumpulan berisiko tinggi 2).

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA

Pecahan pesakit Covid-19 mengikut kategori:-

* Kategori lima dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori empat memerlukan bantuan oksigen dan kategori tiga pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (gejala ringan).

Daripada 20,923 kes harian yang dilaporkan pada 26 Mac 2022:

Kategori 1: 7,802 kes (37.29 peratus);

Kategori 2: 13,006 kes (62.16 peratus);

Kategori 3: 44 kes (0.21 peratus);

Kategori 4: 26 kes (0.12 peratus); dan

Kategori 5: 45 kes (0.22 peratus).

Daripada 16,863 kes harian yang dilaporkan pada 27 Mac 2022:

Kategori 1: 8,652 kes (51.31 peratus);

Kategori 2: 8,111 kes (48.10 peratus);

Kategori 3: 48 kes (0.28 peratus);

Kategori 4: 29 kes (0.17 peratus); dan

Kategori 5: 23 kes (0.14 peratus).

Daripada 13,336 kes harian yang dilaporkan pada 28 Mac 2022:

Kategori 1: 6,885 kes (51.63 peratus);

Kategori 2: 6,340 kes (47.54 peratus);

Kategori 3: 43 kes (0.32 peratus);

Kategori 4: 32 kes (0.24 peratus); dan

Kategori 5: 36 kes (0.27 peratus).

Daripada 15,215 kes harian yang dilaporkan pada 29 Mac 2022:

Kategori 1: 7,446 kes (48.94 peratus);

Kategori 2: 7,635 kes (50.18 peratus);

Kategori 3: 60 kes (0.39 peratus);

Kategori 4: 26 kes (0.17 peratus); dan

Kategori 5: 48 kes (0.32 peratus).

Daripada 15,941 kes harian yang dilaporkan pada 30 Mac 2022:

Kategori 1: 7,474 kes (46.88 peratus);

Kategori 2: 8,359 kes (52.44 peratus);

Kategori 3: 50 kes (0.32 peratus);

Kategori 4: 26 kes (0.16 peratus); dan

Kategori 5: 32 kes (0.20 peratus).

Daripada 18,560 kes harian yang dilaporkan pada 31 Mac 2022:

Kategori 1: 9,473 kes (51.04 peratus);

Kategori 2: 8,962 kes (48.29 peratus);

Kategori 3: 47 kes (0.25 peratus);

Kategori 4: 37 kes (0.20 peratus); dan

Kategori 5: 41 kes (0.22 peratus).

Daripada 17,746 kes harian yang dilaporkan pada 1 April 2022:

Kategori 1: 9,813 kes (56.15 peratus);

Kategori 2: 7,552 kes (43.22 peratus);

Kategori 3: 37 kes (0.21 peratus);

Kategori 4: 37 kes (0.21 peratus); dan

Kategori 5: 37 kes (0.21 peratus).

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

26 Mac (25,467), 27 Mac (26,171), 28 Mac (25,552), 29 Mac (24,154), 30 Mac (21,186), 31 Mac (18,253) dan 1 April (17,321).

* kes kumulatif sembuh sehingga 1 April 2022 sebanyak 3,977,403 (94.3 peratus).

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

26 Mac -34 (BID 8), 27 Mac -37 (BID 6), 28 Mac- 54 (BID 16), 29 Mac -64 (BID 14), 30 Mac - 33 (BID 11), 31 Mac - 44 (BID 8) dan 1 April - 30 (BID 5).

*Jumlah kes kematian sehingga 1 April 2022, sebanyak 35,013 kes.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) kini sebanyak 489,548,722 (Rangkuman Mingguan lalu 479,316,711 kes) dengan 6,170,510 kematian (minggu lalu 6,138,011 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 424,404,539 kes berbanding 413,894,950 kes minggu lalu.

Sebanyak 225 negara/wilayah dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, JRusia, Turki, Itali dan Korea Selatan.

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 81,813,515 (+30,459);

India 43,026,736 (+961);

Brazil 29,975,165 (+27,270);

Perancis 25,763,472 (+148,629);

Jerman 21,459,975 (+231,910);

United Kingdom 21,216,874 (+29,825);

Rusia 17,862,089 (+19,164);

Turki 14,873,927 (+13,367);

Itali 14,719,394 (+74,350);

Korea Selatan 13,375,818 (+280,187).

Negara China, di mana bermulanya wabak Covid-19 pada penghujung Disember 2019 di tangga 117 dengan 151,103 kes (+1,827 kes harian baharu).

Di samping Malaysia, negara lain di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 125 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes Covid-19.

Pecahan kes kumulatif Covid-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 - 9,564,609 (+tiada maklumat);

Indonesia di tangga 18 - 6,015,748 (+2,930);

Malaysia di tangga 23 - 4,219,395 (+17,476);

Filipina di tangga 29 - 3,678,598 (+356);

Thailand di tangga 30 - 3,656,726 (+28,379);

Singapura di tangga 54 - 1,101,438 (+5,010);

Myanmar di tangga 78 - 611,674 (+87);

Laos di tangga 110 - 179,563 (+2,665);

Kampuchea di tangga 120 - 135,682 (+57);

Brunei di tangga 121 - 134,915 (+503)

- Bernama