Covid-19: 30 kematian baharu direkodkan

Sebanyak 4,177 kes dirawat di hospital dan 263 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Foto Bernama
Sebanyak 4,177 kes dirawat di hospital dan 263 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 30 kematian baharu akibat Covid-19 pada Jumaat.

Daripada jumlah tersebut, lima kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Menurut data KKM di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 35,013 orang daripada 4.18 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Dalam pada itu, terdapat 206,979 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 201,924 individu dikuarantin di rumah manakala 615 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM itu turut menunjukkan bahawa sebanyak 4,177 kes dirawat di hospital dan 263 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan pesakit memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 101 kes manakala 162 lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: