Cemas tanah runtuh belakang rumah

Kesan sisa runtuhan di belakang rumah di Jalan Kolam Air, Kampung Warisan, Ampang pada Rabu.
Kesan sisa runtuhan di belakang rumah di Jalan Kolam Air, Kampung Warisan, Ampang pada Rabu.
A
A
A

AMPANG - Penghuni sebuah rumah di Jalan Kolam Air, Kampung Warisan di sini berdepan detik cemas selepas berlaku kejadian tanah runtuh pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis dimaklumkan kejadian tersebut selepas menerima maklumat daripada orang awam pada jam 6.29 petang melibatkan sebuah rumah yang dihuni sepasang suami isteri dan dua anak.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang kerosakan berlaku dan hanya sisa runtuhan terkena kaki lima belakang rumah.

"Pihak polis telah pergi ke tempat kejadian dan mendapati sisa runtuhan itu mengenai sebuah rumah, namun tidak menyebabkan sebarang kerosakan serta kemalangan jiwa.

"Pemeriksaan bersama pihak jurutera Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mendapati, kejadian tersebut disebabkan pembaik pulih jalan menuju ke Empangan Klang Gate," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Polis menasihati penghuni rumah supaya keluar dari kediaman mereka untuk keselamatan.
Polis menasihati penghuni rumah supaya keluar dari kediaman mereka untuk keselamatan.

Beliau berkata, hujan lebat menyebabkan air hujan telah membawa sisa pembinaan tersebut sehingga melimpah ke belakang rumah terbabit.

Tambahnya, polis telah menasihati penghuni rumah supaya keluar dari kediaman itu untuk keselamatan.

Artikel Berkaitan:

"Mereka bersetuju mengosongkan rumah dan akan tinggal di rumah saudara yang berdekatan.

"Pihak jurutera MPAJ memaklumkan akan hadir dan membuat pemantauan semula," katanya.

Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.