Ketua Polis Daerah buat laporan terhadap David Marshel

No Image Caption
A
A
A

NIBONG TEBAL - Satu laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun Facebook, David Marshel yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berkaitan satu upacara keagamaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Lee Chong Chern berkata, beliau sendiri membuat laporan itu pada jam 10.04 malam tadi selepas menyedari kenyataan yang dimuat naik David yang juga Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Facebooknya petang semalam.

Beliau berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk siasatan lanjut.

"Semakan maklumat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan dilakukan selepas memperoleh kebenaran untuk menyiasat (OTI).

"Perkembangan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. - Bernama