Keputusan sertai Bersatu dibuat secara bersama

Anggota Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun (tiga, kiri) beramah mesra dengan pelajar-pelajar SMK Kota Klias yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 sempena majlis Graduasi Pelajar STPM sekolah itu hari ini. Foto: Bernama
Anggota Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun (tiga, kiri) beramah mesra dengan pelajar-pelajar SMK Kota Klias yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 sempena majlis Graduasi Pelajar STPM sekolah itu hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

BEAUFORT - Keputusan menyertai Bersatu dibuat secara beramai-ramai dan bukan atas faktor individu, kata Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun.

Menurut beliau ia keputusan bersama dan difikir sedalam-dalamnya yang melalui pelbagai proses untuk kebaikan negara, Sabah dan kawasan diwakili.

"Kami sepakat membuat keputusan ini dan bukan persoalan perjuangan individu, selamatkan diri atau ada agenda peribadi," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Graduasi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Klias di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika membahaskan usul di Parlimen semalam bahawa tindakan golongan yang melompat parti dianggap tidak mempunyai kekuatan, tiada perjuangan selain tidak mempunyai maruah.

Lapan bekas pemimpin UMNO Sabah termasuk Azizah antara enam wakil rakyat menyertai Bersatu dan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kad keahlian parti kepada mereka di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada 15 Mac lepas.

Selain Azizah lima wakil rakyat bebas berkenaan ialah Ahli Parlimen Kudat Datuk Abd Rahim Bakri; Ahli Parlimen Libaran Datuk Zakaria Edris, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman Datuk Seri Hajiji Noor dan ADUN Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun.

Selain mereka, turut menyertai Bersatu ialah dua lagi Senator, iaitu Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin dan Datuk John Ambrose.

Azizah berkata tindakan melompat parti sudah berlaku dalam politik di negara ini termasuk di Sabah antaranya ketika Barisan Nasional (BN) dapat menawan pemerintahan Sabah pada 1994 apabila dua wakil rakyat dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias (Datuk Lajim Ukin) dan DUN Kemabong (Datuk Rubin Balang) dari Parti Bersatu Sabah menyertai BN.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya perjuangan membangunkan kawasan luar bandar masih perlu diperjuangkan di negara ini khususnya di Sabah.

Justeru, beliau senada kenyataan Ronald bahawa kenyataan Bung Moktar itu sebagai bersifat politik. -Bernama