Melaka benar solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal

Kerajaan Melaka mengumumkan berita baik bagi umat Islam di negeri ini dengan membenarkan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April depan.
Kerajaan Melaka mengumumkan berita baik bagi umat Islam di negeri ini dengan membenarkan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April depan.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan Melaka mengumumkan berita baik bagi umat Islam di negeri ini dengan membenarkan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ia susulan bahawa Malaysia akan memasuki fasa endemik dan segala aktiviti pengimarahan masjid dan surau dibenarkan.

Menurutnya, ia termasuk aktiviti di sepanjang bulan Ramadan seperti solat Tarawih, tadarus al-Quran, qiamullail dan ziarah Ramadan turut dibenarkan.

"Walau bagaimanapun sebarang sentuhan fizikal tidak dibenarkan bagi membendung penularan Covid-19.

"Jawatankuasa masjid dan surau juga dibenarkan menggunakan sejadah bersaiz standard untuk penandaan kedudukan antara jemaah ketika solat," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Sulaiman berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri telah menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah pada tahun ini kepada umat Islam di Melaka iaitu RM7, RM14 dan RM21.

Menurutnya, Zakat Melaka turut menyasarkan kutipan kadar zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM5.15 juta iaitu peningkatan sebanyak 2.07 peratus dengan jumlah pembayar zakat seramai 662,144 orang berbanding tahun lalu sebanyak RM5.045 juta.

"Bagi memudahkan orang khususnya umat Islam untuk menunaikan zakat, enam kaedah bayaran disediakan termasuk secara dalam talian dan secara bersemuka," katanya.

Artikel Berkaitan: