1.82 juta kes baharu Covid-19 seluruh dunia sehari

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 seluruh dunia meningkat kepada 474 juta kes berikutan pertambahan 1.82 kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. Foto 123RF
Jumlah keseluruhan kes Covid-19 seluruh dunia meningkat kepada 474 juta kes berikutan pertambahan 1.82 kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas. Foto 123RF
A
A
A

JUMLAH keseluruhan kes Covid-19 seluruh dunia meningkat kepada 474 juta kes berikutan pertambahan 1.82 kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes, diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan lebih 43 juta kes serta 29 juta.

Negara yang melepasi angka 24 juta kes adalah Perancis, manakala United Kingdom pula melebihi 20 juta, Jerman dan Rusia dengan lebih 17 juta kes, manakala Turki, Itali dan Sepanyol merekodkan kes melepasi angka 10 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5.9 juta, diikuti Malaysia 4 juta kes dan Filipina 3.6 juta kes, manakala Thailand dengan 3.4 juta kes.

Singapura pula kini memasuki angka melebihi 1.04 juta kes.

Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 5,216 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Dengan angka terbaharu itu, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 global kini melebihi 6.1 juta kes.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 974,000 kes dan diikuti Brazil dengan lebih 658,000 kes, India lebih 516,000 kes serta Rusia lebih 358,000 kes.

Artikel Berkaitan:

Sementara Mexico kini catat lebih 322,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 154,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 58,000 diikuti Malaysia dengan 34,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 24,000 angka korban. - Awani