Kes Covid-19 di Sarawak turun, kembali catat tiga digit

Jumlah kes harian Covid-19 di Sarawak mencatatkan penurunan apabila kembali ke tiga digit dengan 965 kes direkodkan pada Isnin.
Jumlah kes harian Covid-19 di Sarawak mencatatkan penurunan apabila kembali ke tiga digit dengan 965 kes direkodkan pada Isnin.
A
A
A

KUCHING - Jumlah kes harian Covid-19 di Sarawak mencatatkan penurunan apabila kembali ke tiga digit dengan 965 kes direkodkan pada Isnin berbanding 1,354 kes pada Ahad.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan di sini, daripada keseluruhan jumlah kes yang dilaporkan pada Isnin, hanya 14 kes melibatkan jangkitan paru-paru, memerlukan oksigen dan ventilator.

Daerah Kuching mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 446 kes, diikuti Miri (133) dan Sibu (75).

"Pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut di Sarawak kini 279,596,” menurut JPBN.

Selain itu, sebanyak empat kematian akibat wabak itu dilaporkan di Sarawak pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: