DUN Sarawak bersidang lapan hari, tiga RUU dibentang

Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari bermula 15 hingga 24 Mei.
Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari bermula 15 hingga 24 Mei.
A
A
A

KUCHING - Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari bermula 15 hingga 24 Mei.

Speaker, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, majlis pembukaan mesyuarat disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud pada 15 Mei.

Beliau berkata, tiga Rang Undang-Undang akan dibentangkan iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2022), Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2023) dan Rang Undang-Undang Majlis Kraf Sarawak 2023.

"Kedua-dua Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan ini akan dibentangkan oleh Timbalan Premier yang juga Menteri Kewangan II dan Menteri Ekonomi Baru Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah akan membentangkan Rang Undang-Undang Majlis Kraf Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini.

Mohamad Asfia berkata, 375 soalan akan dibangkitkan pada persidangan itu iaitu 305 soalan bagi jawapan lisan dan 70 soalan untuk soalan bertulis. - Bernama