13,300 hektar kawasan KADA terjejas banjir

Nik Muhamamd Zawawi ketika berucap pada Program Road To Jubli Emas KADA di Tumpat pada Sabtu.
Nik Muhamamd Zawawi ketika berucap pada Program Road To Jubli Emas KADA di Tumpat pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Sebanyak 13,300 hektar kawasan di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) terjejas akibat banjir hujung Februari lalu melibatkan kerugian mencecah RM26.7 juta.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (MAFI), Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan berusaha membantu petani yang terjejas teruk.

Nik Muhammad Zawawi turut dimaklumkan sebanyak 3,278 hektar bendang di Jajahan Tumpat terjejas teruk dengan anggaran kerugian mencecah RM6.6 juta.

"Keadaan ini sudah pasti akan memberi impak yang besar kepada selain menjejaskan pendapatan mereka," katanya ketika berucap pada Program Road To Jubli Emas KADA di Tumpat pada Sabtu.

Pada majlis sama seramai 20 golongan sasar yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan minggu lalu menerima sumbangan.

Nik Muhamamd Zawawi memberitahu, sawah seluas 26,833 dengan pendapatan tahunan berjumlah RM25,532.

menjadikan KADA jelapang kedua terbesar negara yang menyumbang kepada bekalan makanan negara.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran namun KADA perlu terus berdaya saing di peringkat global dan kita perlu pastikan nilai eksport bertambah.

"Saya difahamkan, masalah utama iaitu bekalan air kerana ketiadaan empangan dan pelbagai usaha telah dilakukan bagi menangani kemelut ini," katanya.

Tambah beliau, pengurangan kawasan jelapang disebabkan pembangunan untuk komersial dan perumahan juga menjadi faktor hasil padi KADA rendah tetapi itu tidak bermakna hasil pengeluaran tidak mampu ditingkatkan.