Lima beranak maut kebakaran: MUIP bantu dua beradik terselamat

Laporan Sinar Harian tentang insiden kebakaran yang mengorbankan bapa mereka, Mohd Alawi Muhammad, 56, dan ibu, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga lagi adik-beradik.
Laporan Sinar Harian tentang insiden kebakaran yang mengorbankan bapa mereka, Mohd Alawi Muhammad, 56, dan ibu, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga lagi adik-beradik.
A
A
A

KUANTAN – Nasib dua beradik yang kehilangan lima ahli keluarga dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Raub terus terbela apabila mendapat perhatian Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, pihaknya meluluskan bantuan sara hidup RM600 sebulan kepada anak sulung mangsa, Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi, 19, yang kini menuntut di kolej matrikulasi di Gambang.

Menurutnya, bantuan kewangan tersebut akan disalurkan secara berterusan sehingga tamat pengajian bagi memastikan masa depan pendidikan pelajar berkenaan tidak terjejas.

"Kita juga bersedia menyediakan bantuan pembelian komputer riba sekiranya beliau masih belum memiliki dan tiada tajaan, ini disebabkan ia menjadi keperluan sepanjang tempoh pengajian beliau," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Dr Asmadi
Dr Asmadi

Mengulas lanjut, Dr Asmadi memaklumkan sumbangan tunai RM5,000 disalurkan kepada Ruby Adalia Balqis dan adiknya, Ahmad Balia Murqam, 15.

Ujarnya, bantuan tunai segera itu penting bagi memastikan urusan harian dan keperluan mendesak dua beradik berkenaan tidak terjejas sementara menunggu proses bantuan bulanan yang akan diselaraskan sepenuhnya.

“Kami memahami beban berat yang ditanggung mereka kerana dalam usia yang masih muda, mereka perlu menggalas tanggungjawab besar ini sendirian.

Artikel Berkaitan:

"Justeru, MUIP hadir bukan sekadar memberi bantuan kewangan, tetapi sebagai sokongan moral dengan harapan sumbangan ini dapat meringankan sedikit duka serta menyokong kelangsungan hidup mereka buat masa ini,” ujarnya.

Dalam tragedi memilukan awal pagi Khamis lalu yang mengorbankan bapa mereka, Mohd Alawi Muhammad, 56, dan ibu, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga lagi adik-beradik

Ruby dan Ahmad Balia bagaimanapun terselamat daripada kebakaran tersebut kerana masing-masing sedang berada di asrama ketika kejadian berlaku.

Ringkasan AI

  • Dua beradik yang kehilangan lima ahli keluarga dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Raub mendapat perhatian MUIP
  • MUIP meluluskan bantuan sara hidup RM600 sebulan kepada anak sulung mangsa, Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi
  • Bantuan akan disalurkan secara berterusan sehingga tamat pengajian
  • MUIP bersedia menyediakan bantuan pembelian komputer riba sekiranya Ruby masih belum memiliki dan tiada tajaan
  • Sumbangan tunai RM5,000 disalurkan kepada Ruby Adalia Balqis dan adiknya, Ahmad Balia Murqam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!