Lebih 40,000 penduduk dipindahkan akibat banjir di China

Penduduk mengemas rumah mereka yang dilanda banjir. - Foto Reuters
Penduduk mengemas rumah mereka yang dilanda banjir. - Foto Reuters
A
A
A

BEIJING - Lebih 40,000 penduduk dipindahkan dari kawasan yang terjejas akibat banjir di wilayah Sichuan di China, lapor Sputnik memetik China Central Television (CCTV) pada Rabu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, seramai 40,596 penduduk di 60 daerah di wilayah itu telah dipindahkan.

Sichuan sering dilanda banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat. Pada tahun lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang maut akibat banjir. - Bernama