Wan Junaidi enggan ulas status Idrus sebagai Peguam Negara

Idrus, Wan Junaidi
Idrus, Wan Junaidi
A
A
A

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar enggan mengulas spekulasi kontrak Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun akan dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi.

Wan Junaidi memberitahu The Vibes pada Sabtu, beliau tidak dapat mengesahkan berita mengenai lanjutan kontrak Idrus kerana ia di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya tidak dapat mengesahkan apa-apa mengenai perkara ini, Perdana Menteri yang akan umumkan.

“Perdana Menteri yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong, seperti yang diperuntukkan di bawah perlembagaan.” katanya ketika dipetik The Vibes.

Semalam, The Vibes melaporkan bahawa Idrus bersedia untuk berkhidmat sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi.

Menurut sumber, kontrak Idrus yang tamat hari ini akan diperbaharui sehingga 2023.

Idrus, yang juga abang kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dilantik menjadi Peguam Negara pada 6 Mac 2020, ketika era Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Sebelum menjadi Peguam Negara, Idrus pernah berkhidmat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta penasihat undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Artikel Berkaitan:

Difahamkan juga beberapa peguam kanan telah ditawarkan jawatan itu tetapi telah menolaknya.

Idrus merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, menggantikan Tan Sri Tommy Thomas yang meletak jawatan pada 28 Februari 2020 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sekali gus menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Mengikut perlembagaan persekutuan, Yang di-Pertuan Agong melantik peguam negara, yang juga bertindak sebagai pendakwa raya atas nasihat Perdana Menteri.