SPRM beku aset, akaun bank Rohana

SPRM mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank milik bekas CEO sebuah firma, Datuk Rohana Rozhan.
SPRM mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank milik bekas CEO sebuah firma, Datuk Rohana Rozhan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah firma, Datuk Rohana Rozhan.

Ia berikutan siasatan oleh agensi berkenaan selepas bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner mendakwa diperas ugut dalam pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber SPRM berkata, perintah pembekuan aset Rohana dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001).

"Perintah pembekuan itu sekali gus melarang Rohana daripada melakukan sebarang transaksi membabitkan rumah dan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK)," katanya.

Menurutnya, tindakan itu selepas SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan Leissner yang mendakwa diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta (RM42 juta) di London.

Pada Jumaat, media melaporkan SPRM mengambil keterangan Rohana untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) AMLA 2001 dan ia disahkan bekas CEO itu dalam kenyataan media melalui firma guaman Valen, Oh & Partners.

"Saya merujuk kepada dakwaan terhadap saya dipaparkan dalam media. Saya hadir di pejabat SPRM dan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan mereka," kata Rohana dalam kenyataan berkenaan.

Beliau dipercayai dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Leissner dalam kes 1MDB di Mahkamah New York, pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Leissner memberikan keterangan tersebut semasa menjadi saksi utama dalam perbicaraan kes bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng.

Menerusi keterangan yang dilaporkan Bloomberg itu, Leissner mendedahkan bahawa pembelian rumah untuk Rohana itu dibuat selepas dia diugut oleh kekasih sulitnya itu untuk mendedahkan berkenaan pembabitannya dalam skandal 1MDB.