Isu buku Gay Is Okay!: MPPK gesa KDN kemuka rayuan keputusan mahkamah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa membatalkan perintah larangan ke atas buku Gay is Okay! A Christian Perspective.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa membatalkan perintah larangan ke atas buku Gay is Okay! A Christian Perspective.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan perintah larangan ke atas buku Gay is Okay! A Christian Perspective.

Presidennya, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, buku tersebut secara jelas bukan sahaja tidak sesuai untuk orang Islam, malah tidak melambangkan masyarakat Malaysia yang penuh adab.

"Budaya gay bukan sahaja tidak beradab tetapi dalam masa sama mendatangkan masalah kesihatan yang teruk kepada pelakunya.

"MPPK juga melihat keputusan boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni terhadap masyarakat dan perlu dielakkan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Muhammad Amir Asyraf
Muhammad Amir Asyraf

Pada 18 Disember 2020, KDN telah mewartakan perintah larangan terhadap dua penerbitan, antaranya adalah buku Gay is OK! A Christian Perspective di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, berkuat kuasa 27 November 2020.

Artikel Berkaitan:

Namun pada Selasa, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Noorin Badaruddin dalam keputusan semakan kehakiman yang difailkan oleh penulis, Ngeo Boon Lin dan penerbit buku berkenaan, Chong Ton Sin selaku pemohon telah menolak perintah larangan tersebut.

Menurut Hakim Noorin, perintah larangan tersebut tidak masuk akal kerana buku telah berada dalam pasaran lebih dari tujuh tahun dan penulisnya tidak diberikan peluang untuk didengar (right to be heard) dan menjawab segala dakwaan berkaitan buku tersebut.

Justeru Muhammad Amir Asyraf berkat, MPPK berharap kerajaan akan mengambil tindakan yang proaktif dalam memastikan keharmonian Keluarga Malaysia kekal terjaga.