Peguam Negara rayu keputusan mahkamah bebas Muhyiddin

Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan yang mendakwa beliau guna kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Bersatu. - Foto Bernama
Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan yang mendakwa beliau guna kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Bersatu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang membebaskan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.

Menerusi satu kenyataan pada Selasa, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, keputusan mahkamah melepaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu hanya melibatkan empat pertuduhan bagi kesalahan bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Idris
Idris

Bagaimanapun beliau berkata, tiga lagi pertuduhan bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 adalah kekal.

“Tarikh sebutan bagi kes itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ialah pada 19 September depan," katanya.

Pada pagi Selasa, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan Ahli Parlimen Pagoh itu untuk menggugurkan empat pertuduhan predikat bawah Seksyen 23 Akta SPRM.

Mahkamah melepas dan membebaskan Muhyiddin, 76, setelah mendapati empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah kabur dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.

Artikel Berkaitan:

Ekoran kes ini, dia menjadi bekas Perdana Menteri kedua selepas Datuk Seri Najib Tun Razak, dituduh atas pertuduhan mengikut peruntukan seksyen sama di mahkamah itu.

Pada 13 Mac pula, pemimpin politik itu didakwa atas pertuduhan ketujuh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, selaku Presiden Bersatu menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank, milik parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin didakwa kes rasuah RM232.5 juta, ubah wang haram RM195 juta

Muhyiddin didakwa atas pertuduhan ke-7, terima wang haram RM5 juta

Muhyiddin PM kedua selepas Najib diheret ke mahkamah

Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama

4 kes salah guna kuasa terhadap Muhyiddin wajar diketepikan - Peguam

Muhyiddin dibenar guna ikat jamin RM2 juta di Mahkamah KL

[VIDEO] Muhyiddin bebas 4 kes salah guna kuasa libat suapan RM232.5 juta

'Sejak awal lagi pertuduhan bermotifkan politik' - Muhyiddin

AGC akan failkan rayuan berhubung pembebasan Muhyiddin petang ini