Petisyen pilihan raya Segamat ditolak, Ramasamy kemuka rayuan

Ramasamy
Ramasamy
A
A
A

PUTRAJAYA - Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri M Ramasamy memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak petisyen pilihan rayanya untuk mencabar keputusan kerusi Parlimen Segamat semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lepas.

Notis rayuan itu difailkan pada 14 April lepas.

Pada 3 April lepas, Mahkamah Tinggi Muar, Johor menolak petisyen Ramasamy selepas memutuskan bahawa terdapat ketidakpatuhan terhadap keperluan Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Peraturan Petisyen Pilihan Raya.

Ramasamy yang juga Bendahari MIC bertanding sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Segamat pada PRU15 namun tewas kepada calon Pakatan Harapan R Yuneswaran.