Bangkit kedudukan Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis dalam khutbah Jumaat

Cakna Palestin ambil inisitiaf edar teks khutbah versi rumi dan jawi berhubung kedudukan Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis di sisi umat Islam supaya dibaca dalam khutbah Jumaat. Gambar kecil: Wan Mohd Sharafi
Cakna Palestin ambil inisitiaf edar teks khutbah versi rumi dan jawi berhubung kedudukan Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis di sisi umat Islam supaya dibaca dalam khutbah Jumaat. Gambar kecil: Wan Mohd Sharafi
A
A
A

KOTA BHARU - Sebagai menyokong penganjuran Minggu Al-Quds sedunia, Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia (Cakna Palestin) mengambil inisitiaf mengedarkan teks khutbah versi rumi dan jawi berhubung kedudukan Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis di sisi umat Islam.

Presidennya, Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa berkata, teks berkenaan telah diedarkan kepada pihak berkuasa agama negeri termasuklah ke Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk dibaca oleh khatib semasa solat Jumaat bagi memberi kefahaman untuk membangkitkan pembelaan terhadap tanah suci ketiga umat Islam itu.

"Khutbah ini menyentuh kedudukan Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis yang merupakan simbol penyatuan umat Islam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Wan Mohd Sharafi berkata, penganjuran Minggu Al-Quds Sedunia bermula hari ini sehingga 3 Mac depan.

Mengulas lanjut katanya, menjadi tanggungjawab Cakna Palestin untuk memberi kesedaran kepada ummah tentang tanggungjawab bersama untuk membela bumi suci itu yang sedang ditindas.

Beliau dalam masa turut menyeru rakyat Malaysia bersama-sama bersuara sebagai solidariti dunia antarabangsa yang menolak kezaliman rejim zionis.

"Memberi kesedaran kepada generasi baharu agar mereka tidak terputus maklumat tentang Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

"Oleh yang demikian, kami menyeru para pendakwah, asatizah dan ilmuan yang akan berbicara tentang Israk dan Mikraj di bulan Rejab agar menyelitkan isu perjuangan Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa," katanya.

Artikel Berkaitan: