Pil kuda ancam belia di Kelantan

Shafien ketika melakukan lawatan di bangunan Ultimate Print di Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.
Shafien ketika melakukan lawatan di bangunan Ultimate Print di Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Dadah jenis pil kuda menjadi pilihan utama golongan muda di negeri Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, boleh disimpulkan bahawa isu dadah di Kelantan berada di tahap agak membimbangkan kerana ia melibatkan golongan muda.

Menurut beliau, kes-kes jenayah lain seperti mencuri atau pecah rumah berlaku akibat dari pengaruh dadah.

Shafien (kiri) ketika melakukan lawatan di bangunan Ultimate Print di Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.
Shafien (kiri) ketika melakukan lawatan di bangunan Ultimate Print di Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.

“Apa pun, pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sentiasa mengambil langkah tegas.

“Jenis dadah yang popular dan digemari golongan muda adalah pil kuda kerana harganya murah sekitar RM10 sebiji dan mudah diperolehi. Boleh dikatakan setiap hari rampasan dan tangkapan dibuat.

“Punca mudahnya dadah masuk ke Kelantan ada hubung kait dengan persempadanan Malaysia - Thailand di mana antara modus operandi penjenayah adalah dengan melihat waktu penugasan polis dan mencari sedikit kelonggaran,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat lawatan di Karangkraf di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan empat daerah di Kelantan yang menjadi hotspot kegiatan penyeludupan dadah iaitu di Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah disebabkan faktor daerah terbabit berhampiran sempadan Thailand.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kata Shafien, daerah lain turut tidak dipandang ringan kerana terdapat banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan.

“Saya telah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah supaya meningkatkan soal keselamatan dan dapatkan maklumat untuk tangani isu ini,'' ujarnya.

Jelas beliau, pada tahun lalu sahaja ada enam hingga tujuh sindiket besar berjaya ditumpaskan dengan nilai rampasan mencecah puluhan jutaan ringgit.

Shafien (dua dari kiri) mendengar taklimat daripada Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang ketika lawatan di bangunan Ultimate Print di Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.
Shafien (dua dari kiri) mendengar taklimat daripada Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang ketika lawatan di bangunan Ultimate Print di Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.

“Isu dadah adalah isu bersama. Isu ini tidak akan berakhir jika tidak ada kerjasama daripada masyarakat setempat kerana pesalah yang selesai jalani hukuman akan kembali ke masyarakat. Jika masyarakat tidak boleh terima, mana mungkin mereka boleh teruskan kehidupan,” tegas beliau.

Tambah Shafien, dalam usaha pihak berkuasa menangani masalah dadah tersebut, penglibatan pihak di luar sana terutama para pemimpin masyarakat adalah amat penting.