Lelaki dipenjara lima tahun, satu sebatan miliki kerambit

KOTA BHARU - Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dengan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin ini selepas mengaku bersalah memiliki senjata berbahaya tanpa kebenaran.
Hakim Nik Habri Mohamad menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Nazrulhisam Mohd Nordin, 44, kerana memiliki sebilah kerambit berhulu warna coklat berukuran 12 sentimeter di tepi Jalan Kampung Telong, Bachok, jam 5.20 petang pada 29 Disember tahun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Syafiqah Mohamad memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya.
Mohd Nazrulhisam yang tidak diwakili peguam itu merayu hukuman ringan kerana dia perlu menjaga tiga anak yang masih bersekolah serta masih tinggal bersama ibu bapa. - Bernama
Ringkasan AI
- Seorang lelaki di Kota Bharu dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan kerana memiliki senjata berbahaya
- Mohd Nazrulhisam Mohd Nordin mengaku bersalah memiliki sebilah kerambit di Bachok
- Hukuman berdasarkan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958
- Timbalan Pendakwa Raya memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran
- Mohd Nazrulhisam merayu hukuman ringan kerana perlu menjaga tiga anak dan tinggal bersama ibu bapa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
