Isu PDI: Malaysia-Indonesia adakan perbincangan

Kementerian Luar Negeri mengadakan perbincangan susulan dengan Duta Besar Indonesia ke Malaysia bagi mendapatkan penjelasan lanjut ekoran beberapa laporan media yang memetik kenyataan beliau berhubung isu Pekhimat Domestik Indonesia (PDI) di Malaysia. - Gambar hiasan
Kementerian Luar Negeri mengadakan perbincangan susulan dengan Duta Besar Indonesia ke Malaysia bagi mendapatkan penjelasan lanjut ekoran beberapa laporan media yang memetik kenyataan beliau berhubung isu Pekhimat Domestik Indonesia (PDI) di Malaysia. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri mengadakan perbincangan susulan dengan Duta Besar Indonesia ke Malaysia bagi mendapatkan penjelasan lanjut ekoran beberapa laporan media yang memetik kenyataan beliau berhubung isu Pekhimat Domestik Indonesia (PDI) di Malaysia.

Dalam kenyataannya pada Isnin, kementerian itu berkata, perbincangan pertama telah diadakan di Putrajaya pada 16 Februari lalu.

“Persefahaman telah dicapai supaya kedua-dua pihak perlu terus mengambil pendekatan positif dan konstruktif dalam mengendalikan isu-isu berkaitan pengambilan dan perlindungan PDI.

“Sebarang isu yang timbul akan disalurkan melalui kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, langkah sedemikian penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Jelasnya, perbincangan kali ini turut menyentuh status rundingan memorandum persefahaman (MoU) pengambilan dan perlindungan PDI di antara Malaysia dan Indonesia serta pendekatan dan hala tuju kedua-dua pihak ke arah memuktamadkan rundingan dan pemeteraian MoU berkenaan dalam masa terdekat.

“Langkah ini bagi memastikan proses pengambilan PDI diatur urus dengan baik dan isu perlindungan mereka terus diberi perhatian utama mengikut ketetapan dasar serta perundangan berkuat kuasa di kedua-dua negara.

“Pendekatan positif dan konstruktif dalam isu pengambilan dan perlindungan PDI dapat memanfaatkan kedua-dua pihak dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan hubungan akrab dan komprehensif di antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Artikel Berkaitan: