Anwar perjelas isu bawa lelaki Indonesia ke Kedah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Taarif Perpaduan di perkarangan Bilik Gerakan Utama Harapan-BN di Jitra, di sini, pada Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Taarif Perpaduan di perkarangan Bilik Gerakan Utama Harapan-BN di Jitra, di sini, pada Jumaat.
A
A
A

JITRA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa beliau membawa seorang lelaki Indonesia ke Kedah hanya untuk menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Anwar memaklumkan, beliau juga tidak menemui Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk urusan lain.

"Saya bawa mai (datang). (Adakah) jumpa hang (Muhammad Sanusi) kah. Saya mengadap Tuanku Sultan.

"Apa masalah menghadap Tuanku Sultan? Oh, ada cakap berniaga. Aku tak meniaga. Orang nak meniaga dia berniaga lah. (Saya) mengadap Tuanku Sultan, "katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap pada Taarif Perpaduan di pekarangan Bilik Gerakan Utama Harapan-BN di Jitra di sini pada Jumaat.

Sehubungan itu, Anwar menasihatkan Muhammad Sanusi supaya tidak bermain-main apabila membuat dakwaan tentang kehadiran lelaki Indonesia itu.

Beliau mengingatkan Muhammad Sanusi bahawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu memiliki kes dengan Sultan Selangor.

Disebabkan itu, beliau mempersoalkan sama ada Muhammad Sanusi ingin memiliki kes dengan Sultan Kedah pula.

"Betul, saya menghadap (Sultan Kedah) bukan sekali (tetapi) banyak kali. Di sini (Kedah), di Kuala Lumpur. Tambah pula, saya Perdana Menteri.

"Memang kerja saya kena menghadap supaya ada hubungan yang baik di antara rakyat dan saya sebagai pemimpin dan juga raja-raja. Hubungan mesti baik,"katanya.

Anwar berkata, beliau tertanya-tanya mengapa tindakannya menghadap Sultan Kedah itu menjadi masalah.

Sebelum ini, media melaporkan dakwaan Muhammad Sanusi bahawa Anwar telah membawa ahli perniagaan Indonesia bagi tujuan membuat permohonan melombongunsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan kehadiran seorang ahli perniagaan Indonesia itu ke Kedah tiada kaitan dengan permohonan melombong REE.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

ARTIKEL BERKAITAN:Sanusi dakwa Anwar bawa lelaki Indonesia mohon kawasan REE

'Sultan Kedah panggil saya ada hal-hal lain' - PM