Sila log masuk terlebih dahulu.

Setengah jam berpaut pada bot

Maritim giat melakukan operasi mencari dan menyelamat Fadzely yang dikhuatiri lemas di perairan Karang Tanjung Pelindung pada Sabtu lalu. Gambar kanan: Abd Mutalib
Maritim giat melakukan operasi mencari dan menyelamat Fadzely yang dikhuatiri lemas di perairan Karang Tanjung Pelindung pada Sabtu lalu. Gambar kanan: Abd Mutalib
A
A
A

KUANTAN - Dua nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki terbalik selepas kipas enjin bot mereka tersangkut tali pukat tunda di perairan Karang Tanjung Pelindung dua hari lalu.

Dalam kejadian itu, Abd Mutalib Abd Rahman, 38, terselamat selepas berpaut pada bot yang terbalik manakala rakannya, Fadzely Mohamed,40, dikhuatiri lemas selepas berpegang pada tali pukat tunda.

Abd Mutalib berkata, dia bernasib baik apabila sempat berpaut pada botnya hampir 30 minit sebelum diselamatkan oleh bot nelayan lain.

"Saya tidak sempat memotong tali pukat kerana bot sudah terbalik dan saya berenang selamatkan diri dengan berpaut pada bot. Saya cuba selamatkan Fadzely tetapi tidak berjaya. Ketika itu dia berada dalam jarak lima hingga enam meter dan saya memintanya supaya memegang tali pukat.

"Saya dapat rasakan Fadzely sudah tiada tenaga kerana hampir satu jam terpaksa berpegang pada tali itu dan bot pukat tunda mengheretnya," katanya ketika ditemui di Pantai Kampung Baru Beserah pada Isnin.

Ditanya mengenai perubahan sikap Fadzely sebelum kejadian itu, Abd Mutalib berkata, wajah Fadzely berseri-seri dan percakapan serta perbuatannya amat berbeza berbanding sebelum ini.

"Dia (Fadzely) kurang bercakap dan kebiasaannya dia makan apabila tiba di dataran, tetapi pada hari kejadian dia makan di atas bot bersama saya," katanya.

Abd Mutalib berharap agar jasad Fadzely ditemukan segera dan penduduk kampung sudah melaksanakan solat hajat bagi memudahkan urusan pencarian.

Artikel Berkaitan: