Kronologi kes rasuah RM3.09 juta Isa Samad

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (tiga dari kiri) akan menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengembalikan sabitan dan hukuman atas pertuduhan rasuah terhadapnya melibatkan RM3.09 juta. - Foto Bernama
Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (tiga dari kiri) akan menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengembalikan sabitan dan hukuman atas pertuduhan rasuah terhadapnya melibatkan RM3.09 juta. - Foto Bernama
A
A
A

21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

-Didakwa melakukan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB).

14 Disember 2018

-Mohd Isa didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah.

4 April 2019

-Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur benarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

11 April 2019

-Sebutan Kali pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

8 Oktober 2019

Artikel Berkaitan:

- Perbicaraan bermula.

14 Januari 2020

-Pendakwaan tutup kes. Perbicaraan peringkat pendakwaan berlangsung selama 15 hari.

20 Mei 2020

-Hujahan akhir pendakwaan.

16 Jun 2020

-Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mohd Isa untuk membela diri atas sembilan pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan segala intipati pertuduhan.

17 Ogos 2020

- Mohd Isa mula memberi keterangan bela diri secara bersumpah dari kandang saksi.

3 September 2020

- Pembelaan menutup kes selepas memanggil enam orang saksi.

24 Disember 2020

-Hujahan di akhir kes pembelaan.

3 Februari 2021

-Keputusan di akhir kes pembelaan yang mendapati Mohd Isa bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun, denda RM15.45 juta serta penjara 18 tahun sekiranya gagal membayar denda.

6 Mac 2024

-Bekas Menteri Besar itu dilepas dan dibebaskan selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mengetepikan sabitan serta hukuman berkenaan.

7 Mac 2024

-Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan

26 Jun 2024

-Petisyen rayuan dengan mengemukakan 24 alasan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.

10 Febuari 2026

- Isa Samad ke penjara serta-merta, sabitan dan hukuman kes rasuah RM3.09 juta kekal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!