Isu harga telur turun 2 sen, buat Dewan 'terhibur'

Najib
Najib
A
A
A

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, menyindir kerajaan PH berhubung isu kawalan harga barang yang disifatkannya, kerajaan sekarang gagal mengawal harga barang.

Mengambil contoh pengawalan harga telur, bekas Perdana Menteri itu mendakwa bahawa harga telur naik mendadak meskipun Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, sebelum ini, pernah memberi jaminan bahawa harga telur ayam daripada setiap gred akan diturunkan sebanyak dua sen.

"Saya nak beritahu kawal harga barang keperluan tolong kawal harga telur. Bila menteri umum harga telur turun dua sen dalam sebuah sidang media yang besar-besaran, hari ini harga telur 'triple' A menghampiri 50 sen sebiji.

"Jadi kalau harga telur tak boleh kawal jangan harap nak kawal harga lain," katanya yang 'disambut' gelak tawa Dewan.

Dalam pada itu, Najib dalam perbahasan beliau juga turut menyentuh janji kerajaan PH yang sebelum ini pernah berjanji untuk menyiasat kenaikan harga makanan segera namun sehingga kini hasil siasatan itu tidak didedahkan.

"Bila dijanji kawalan harga.... nak siasat apa sebab harga KFC dan MCD Naik, tapi sampai sekarang tiada dengar kesan daripada siasatan itu," katanya lagi.

Berhubung kawalan harga telur kerajaan sebelum ini pada Disember 2018 telah memberi jaminan harga telur ayam yang mengalami kenaikan pada November kembali stabil.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata harga telur ayam daripada setiap gred akan kembali diturunkan sebanyak dua sen selepas dipersetujui bersama Persekutuan Persatuan Penternak-Penternak Malaysia (FLFAM) pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan:

Salahuddin sebelum ini berkata, kenaikan harga telur berpunca daripada kematian ayam di beberapa ladang yang disyaki dijangkiti virus avian influenze H5 dan H7 (selsema burung).

Salahuddin berkata, kenaikan harga bahan mentah itu juga berpunca kepada kenaikan kadar tukaran wang asing pada November lalu.