Lebih 79,000 kanak-kanak di Malaysia telah terima vaksin Covid-19

Lima kanak-kanak (dari kiri) Hana Zaheen Mohd Zaki, 8, Nur Eilma Rafiqa, 5, Muhammad Eiman Rafiqin, 8, Nordurrah Amni Ahmad Azham, 9, dan Nureryna Batrisya Badrul, 9, kelihatan ceria selepas menerima suntikan vaksin pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tuanku Fauziah pada Khamis. -FotoBernama
Lima kanak-kanak (dari kiri) Hana Zaheen Mohd Zaki, 8, Nur Eilma Rafiqa, 5, Muhammad Eiman Rafiqin, 8, Nordurrah Amni Ahmad Azham, 9, dan Nureryna Batrisya Badrul, 9, kelihatan ceria selepas menerima suntikan vaksin pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tuanku Fauziah pada Khamis. -FotoBernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 79,393 atau 2.2 peratus populasi kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat pada Khamis.

Kanak-kanak berkenaan menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dilancarkan 3 Februari lalu dan kerajaan menetapkan selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, seramai 12,926,703 atau 55.2 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat Khamis.

Sejumlah 22,934,496 individu atau 98 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.2 peratus atau 23,210,020 lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,794,416 individu atau 88.8 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,872,087 individu atau 91.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada Khamis, sebanyak 173,428 dos diberikan meliputi 18,343 dos pertama, 1,739 dos kedua dan 153,346 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 64,611,898 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak 10 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan dua kes masing-masing di Perak dan Selangor serta satu kes dicatatkan masing-masing di Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan, Melaka serta Pulau Pinang.- Bernama

Artikel Berkaitan: