6,066 premis diperiksa

Tanda harga barangan terkawal penting bagi mengelakkan dikenakan denda terutama ketika pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) - Foto Bernama
Tanda harga barangan terkawal penting bagi mengelakkan dikenakan denda terutama ketika pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) - Foto Bernama
A
A
A

KANGAR - Sebanyak 6,066 premis perniagaan di seluruh negara diperiksa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2022 bermula 29 Januari lepas.

Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, sehingga semalam, 11 peniaga telah dikesan gagal menggunakan tanda harga khas ke atas barangan terkawal di bawah skim itu yang berakhir pada Jumaat.

“Kami hanya ambil tindakan kompaun terhadap peniaga di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) kerana gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu.

“Setakat ini tiada peniaga yang dikesan menjual dengan harga lebih tinggi daripada yang ditetapkan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas Walkabout SHMMP Tahun Baharu Cina 2022 di sebuah pasar raya di sini pada Khamis.

Menurut Azman, antara barangan yang disenaraikan sebagai barangan terkawal sempena sambutan tersebut ialah hasil laut, barangan kering dan daging babi.

“Kadar pematuhan dalam kalangan peniaga sangat baik dan pihak KPDNHEP tidak menerima sebarang aduan daripada orang ramai tentang kenaikan harga barangan di bawah SHMMP setakat ini,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: