Hutan Lipur Air Terjun Menderu ditutup akibat ancaman harimau

Notis penutupan akibat ancaman harimau ditampal pada pintu masuk Kawasan rekreasi di Hutan Lipur Air Terjun Menderu di Kampung Chabang, Kerteh, Kemaman.
Notis penutupan akibat ancaman harimau ditampal pada pintu masuk Kawasan rekreasi di Hutan Lipur Air Terjun Menderu di Kampung Chabang, Kerteh, Kemaman.
A
A
A

KEMAMAN - Kawasan rekreasi di Hutan Lipur Air Terjun Menderu di Kampung Chabang, Kerteh, disini ditutup sementara kepada semua pengunjung sebagai langkah berjaga-jaga mengelak ancaman harimau belang yang dipercayai berkeliaran di kawasan itu.

Menurut Jabatan Perhutanan Terengganu, penutupan kawasan itu berkuatkuasa bermula Selasa sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

"Taman Eko-Rimba Air Menderu tidak dibenarkan beroperasi dan ditutup kepada pengunjung awam atas faktor keselamatan," katanya melaui notis berkenaan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Chabang, Ahmad Thalhah Ubaidillah Amri berkata, kawasan itu ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini ekoran serangan harimau berdekatan kawasan itu sejak awal Januari lalu.

Kesan tapak kaki harimau dianggarkan sebesar enam inci ditemui di kawasan rekreasi itu. Foto ihsan pembaca
Kesan tapak kaki harimau dianggarkan sebesar enam inci ditemui di kawasan rekreasi itu. Foto ihsan pembaca

Katanya, sehingga kini dua ekor lembu dua ekor anjing milik penternak di kawasan itu telah dibaham binatang buas berkenaan.

"Ada penduduk mendakwa terjumpa harimau berhampiran kawasan perelahan ini selepas dua ekor anjing milik penternak dan pekebun di kawasan ini dibaham," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memasang sebuah perangkap untuk menangkap harimau sejak tiga minggu lalu.

"Polis turut membuat pemantauan di kawasan ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengunjung tidak berkelah di kawasan ini," katanya.