Beg berat, nyaris tersungkur di tangga!

Tular sebuah video memaparkan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah hampir terjatuh ketika menaiki tangga ke tingkat atas akibat membawa beg yang berat.
Tular sebuah video memaparkan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah hampir terjatuh ketika menaiki tangga ke tingkat atas akibat membawa beg yang berat.
A
A
A

BARU-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah hampir terjatuh ketika menaiki tangga ke tingkat atas akibat membawa beg yang berat.

Daripada gayanya, beg itu nampak cukup berat terutama bagi seorang kanak-kanak perempuan yang bertubuh kecil. Apatah lagi untuk mengangkut ke tingkat atas, sudah pasti sukar untuk dilakukan oleh seseorang di usia sebegitu.

Video tersebut dirakamkan ibu murid itu sendiri yang melihat kejadian tersebut. Lalu si ibu berkongsi video berkenaan dengan seorang guru agar masalah itu dibawa ke peringkat atasan.

Tujuan ibu dan guru tersebut berkongsi adalah untuk menjaga keselamatan bukan sahaja anaknya tetapi semua murid-murid yang terbeban dengan beg berat agar ada pihak membuka mata dan memandang serius isu berkenaan.

Isu beg berat ini sebenarnya bukan perkara baharu. Hampir setiap kali sesi persekolahan dibuka, pasti akan dibangkitkan ibu bapa. Namun seperti biasa, tidak ada jalan penyelesaian yang benar-benar berkesan untuk mengatasinya.

Kita tidak mahu terjadi perkara yang tidak diingini. Jika berlaku insiden murid terjatuh di tangga ketika mengangkat beg yang berat, agaknya barulah pihak berwajib datang untuk menyelesaikan masalah. Ketika itu, pasti berlaku tuding menuding dan akhirnya akan terjadi seperti lagu ‘Bangau oh Bangau’.

Sebenarnya, punca murid-murid membawa beg yang berat ini adalah kerana mereka tidak pasti buku manakah yang akan digunakan guru-guru ketika sesi pembelajaran pada hari itu. Jika tidak dibawa, takut pula kena marah oleh guru.

Maka, jalan paling mudah, murid-murid membawa semua buku-buku sama ada buku teks, buku latihan atau buku tulis ke sekolah walaupun tidak semua digunakan pada hari tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, sudah sampai masanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menekankan perkara ini dan memperluaskan penggunaan lokar di semua sekolah. Pelajar tidak perlu lagi membawa balik buku-buku yang banyak, sebaliknya boleh disimpan di sekolah.

Daripada memikirkan usaha untuk mengubah suai prasarana sekolah supaya nampak hebat, adalah lebih baik memikirkan cara untuk memudahkan murid-murid datang ke sekolah.