X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

MAFI nafi ramai VVIP positif Covid-19

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menafikan dakwaan bahawa ramai kumpulan VVIP di kementeriannya positif Covid-19.
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menafikan dakwaan bahawa ramai kumpulan orang kenamaan (VVIP) di kementeriannya positif Covid-19.

Menerusi laman Facebook, MAFI menjelaskan sehingga kini tiada VVIP di kementerian itu positif Covid-19 malah pihak itu sentiasa menjalankan pemantauan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai maklumat yang tular tanpa sumber yang sahih.

"Sebaliknya sentiasa membuat semakan fakta di laman sesawang dan media sosial rasmi kementerian, jabatan serta agensi untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih," menurut kenyataan itu.

Dakwaan itu dikeluarkan oleh seorang pengguna Twitter sebelum ia menjadi tular di media sosial.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!