TEKUN Nasional lulus 3,986 permohonan SPIM

Noh (empat dari kanan) beramah mesra bersama usahawan TEKUN Nasional di di Kompleks KPPMS, Seksyen 3 di sini pada Ahad.
Noh (empat dari kanan) beramah mesra bersama usahawan TEKUN Nasional di di Kompleks KPPMS, Seksyen 3 di sini pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi agensinya, Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga (TEKUN Nasional) meluluskan 3,986 permohonan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) bernilai RM33 juta setakat Ahad.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, nilai tersebut sebahagian daripada 23,277 permohonan dan bakinya masih dalam proses.

Menurutnya, TEKUN Nasional mengambil masa tujuh hari untuk memproses dan meluluskan 95 peratus permohonan usahawan TEKUN manakala bakinya antara lapan hingga 14 hari bergantung pada maklumat yang diisi pada permohonan.

"MEDAC memperuntukkan RM200 juta untuk SPIM yang diberikan kepada usahawan yang berniaga tanpa lesen daripada pihak berkuasa tempatan. Kita memberi pinjaman sebanyak RM10,000 tanpa faedah dan moratoriumnya selama setahun kepada setiap pemohon.

Noh ketika sidang akhbar di Program Walkabout Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di Kompleks KPPMS, Seksyen 3 di sini pada Ahad.
Noh ketika sidang akhbar di Program Walkabout Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di Kompleks KPPMS, Seksyen 3 di sini pada Ahad.

"Daripada peruntukan tersebut, jumlah permohonan yang direkodkan oleh TEKUN Nasional ialah sebanyak 23,277 dengan nilai pinjaman RM180 juta.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, kita terpaksa menangguh SPIM kerana perlu menyelesaikan baki permohonan manakala baki daripada RM200 juta itu disimpan kerana keutamaan khusus kepada usahawan yang terjejas banjir," katanya ketika sidang akhbar pada Program Walkabout Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di Komplek KPPMS, Seksyen 3 di sini pada Ahad.

Noh turut memaklumkan Selangor menerima permohonan SPIM tertinggi iaitu sebanyak 3,844 permohonan dan 935 daripadanya telah diluluskan.

Selain itu, beliau turut memaklumkan kementeriannya sedang mengkaji memberikan bantuan secara 'one-off' kepada usahawan terjejas banjir.