Sila log masuk terlebih dahulu.

3,684 kes baharu Covid-19 hari ini

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan dengan 3,684 kes dilaporkan pada Khamis berbanding 3,198 kes pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, terdapat 34 kes merupakan kategori tiga hingga lima manakala selebihnya 3,650 lagi kategori satu dan dua.

"Sebanyak 321 kes merupakan jangkitan import yang melibatkan 233 rakyat tempatan dan 88 warga asing," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, penularan tempatan adalah 3,363 kes yang membabitkan 3,274 rakyat tempatan dan 89 warga asing.

"Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 2,798,917," katanya.

Beliau berkata, seramai 192 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 91 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga merekodkan 3,292 kes sembuh dengan jumlah keseluruhannya, 2,726,891 kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, lapan lagi kluster baharu Covid-19 dikenal pasti menjadikan jumlah keseluruhan 6,192 kluster.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah itu, 6,014 kluster telah diisytiharkan tamat dan 178 lagi masih aktif," katanya.

Sementara itu, lima negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) melebihi 1.00 iaitu Sabah (1.08), Putrajaya (1.08), Kuala Lumpur (1.08), Negeri Sembilan (1.02) dan Melaka (1.02).

Negeri lain mencatatkan nilai Rt antara 0 (Labuan) hingga 0.99 (Selangor).