Reman doktor jual sijil vaksin palsu dilanjutkan

Suspek (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Marang pada Selasa.
Suspek (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Marang pada Selasa.
A
A
A

MARANG - [DIKEMASKINI] Tempoh reman seorang doktor di sebuah klinik swasta yang disyaki menjalankan kegiatan menjual sijil vaksin palsu dilanjutkan selama dua hari lagi sehingga Khamis.

Suspek berusia 51 tahun itu dibawa oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang ke Mahkamah Majistret Marang jam 9.30 pagi, pada Selasa.

Perintah tahanan reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda selepas tempoh reman selama dua hari bermula Ahad lalu berakhir pada Selasa.

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 420 dijalankan terhadap suspek.

Polis Terengganu pada Isnin membongkar kegiatan seorang doktor antivaksin mengeluarkan sijil vaksinasi palsu kepada individu yang enggan disuntik vaksin Covid-19.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, suspek ditahan sepasukan polis di Kampung Mengabang Tengah di Kuala Nerus pada Sabtu susulan maklumat daripada orang awam berhubung aktiviti terbabit.

Menurutnya, penjualan sijil vaksin palsu itu dipromosikan dan dijalankan secara dalam talian kepada golongan antivaksin selain mengupah beberapa ejen dengan bayaran RM50 bagi setiap pelanggan.

Beliau berkata, klinik swasta yang mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar sejak September lalu menawarkan bayaran antara RM400 hingga RM600 kepada pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sepanjang tempoh itu, lebih 1,900 sijil vaksinasi Covid-19 dikeluarkan kepada pelanggan termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang, Kedah dan Johor.