Bilik mewah tempat lampias nafsu digempur

Wanita warga Vietnam yang ditahan.
Wanita warga Vietnam yang ditahan.
A
A
A

PETALING JAYA - Sebuah premis yang beroperasi dengan tidak berpapan tanda sambil dikawal ketat kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu magnet di Dataran Mentari di sini, akhirnya dibongkar menjadi tempat melampias nafsu lelaki hidung belang.

Kegiatan terkutuk tersebut dibongkar Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Suasana bilik yang disediakan premis terbabit.
Suasana bilik yang disediakan premis terbabit.

Bukan itu sahaja, premis yang berada di tingkat tiga ini juga menyediakan bilik mewah dengan suasana agak eksklusif untuk dijadikan lokasi bermanja dengan wanita pilihan.

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Rozam Effandy Raslee berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan, serbuan dijalankan kira-kira jam 6.30 petang.

"Operasi ini berjaya menahan lapan wanita warga Vietnam dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun, disyaki bekerja sebagai tukang urut di premis terbabit.

Wanita warga Vietnam yang ditahan.
Wanita warga Vietnam yang ditahan.

"Turut ditahan membantu siasatan adalah dua lelaki tempatan merupakan pekerja dan penjaga selain seorang lelaki warga Bangladesh," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Rozam Effandy berkata, pemeriksaan lanjut menjumpai 58 keping paket kondom selain rampasan beberapa barang lain seperti tuala, tisu basah, minyak urut serta pil perangsang.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan, siasatan mendapati premis yang telah beroperasi sejak tiga bulan lalu ini turut menawarkan khidmat seks dengan harga RM160 sehingga RM550 bergantung kepada pakej yang ada.

Tawaran yang dibuat menerusi aplikasi Wechat.
Tawaran yang dibuat menerusi aplikasi Wechat.

Tambahnya, tawaran perkhidmatan ini juga dibuat menerusi aplikasi WeChat.

"Bagi menyukarkan kegiatan dikesan, premis tidak berlesen ini hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja masuk," katanya.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Selangor 1995.