Projek Balai Bomba Kampung Gajah ditender semula

Paul Yong Choo Kiong
Paul Yong Choo Kiong
A
A
A

IPOH - Projek pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah telah ditender semula oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) setelah dibatalkan oleh kerajaan, Jun lalu.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong berkata, tender semula projek itu dijalankan pada 24 Oktober lalu bagi meneruskan pembinaan balai berkenaan.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mempunyai tapak di Mukim Pasir Salak bagi tujuan itu tetapi, justifikasi pembinaan belum mencapai piawaian jabatan dan analisa risiko kawasan.

“Pasukan Bomba Sukarela Seberang Perak telah ditubuhkan bagi menangani kes kecemasan sekitar kawasan dan jarak balai sedia ada di Seri Iskandar terletak 30KM,” katanya.

Beliau menjawab soalan lisan daripada Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) pada Sidang Dun Perak, hari ini.

Artikel Berkaitan: