[VIDEO] 'Ladum' bantu selesai serangan gajah liar

A
A
A

TONGOD - Meletupkan 'ladum' antara kaedah yang dipercayai boleh digunakan untuk menghalau kumpulan gajah liar yang merosakkan kebun dan tanaman penduduk tanpa sebarang kekerasan terhadap haiwan itu di Tongod.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata, ladum merupakan sejenis alat tradisional yang diperbuat daripada bekas tin terbuang yang dicantum dan dibentuk seperti meriam buluh serta diletupkan menggunakan cecair spirit.

"Saya telah bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai masalah gajah liar yang telah banyak memusnahkan kebun-kebun sawit milik penduduk di daerah Tongod, namun belum ada tindakan diambil setakat ini.

"Jadi salah satu cara penduduk menghalau kumpulan gajah ini tanpa kekerasan ialah dengan meletupkan ladum apabila haiwan itu memasuki kebun sawit," katanya selepas mendengar taklimat penubuhan 'Aki Keramuk' di Kampung Keramuak pada Ahad.

Masiung cuba meletupkan ladum selepas mendengar taklimat penubuhan komuniti Aki Keramuk di Kampung Keramuak, Tongod.
Masiung cuba meletupkan ladum selepas mendengar taklimat penubuhan komuniti Aki Keramuk di Kampung Keramuak, Tongod.

Aki Keramuk merupakan komuniti pekebun kecil yang bertindak menghalau kumpulan gajah liar mengancam kebun sawit penduduk dengan menggunakan kaedah ladum.

Sehubungan itu, Masiung mahu supaya Jabatan Hidupan Liar (JHL) Kinabatangan menjadi mentor kepada komuniti pekebun kecil yang terancam dengan gajah liar di kawasan itu menggunakan kaedah seperti ladum untuk menghalau haiwan berkenaan.

"Saya telah meminta JHL menubuhkan lebih banyak pasukan di setiap kampung yang sering menjadi ancaman haiwan ini.

Artikel Berkaitan:

"Pegawai JHL akan melatih kumpulan pekebun kecil sawit supaya mereka mahir dalam kaedah menghalau binatang liar itu tanpa menggunakan kekerasan," katanya.

Masiung pada majlis itu, Masiung telah meluluskan peruntukan RM10,000 untuk membina sebuah pusat komuniti Aki Keramuak di kampung berkenaan.