AS lulus dos penggalak Pfizer untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 jenis Pfizer bagi kanak-kanak seawal usia 12 tahun. Gambar hiasan
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 jenis Pfizer bagi kanak-kanak seawal usia 12 tahun. Gambar hiasan
A
A
A

KALAMAZOO - Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 jenis Pfizer bagi kanak-kanak seawal usia 12 tahun.

Ia sekali gus mengembangkan lagi program vaksinasi dos penggalak selepas meluluskan untuk mereka yang berusia 16 tahun ke atas sebelum ini.

Menurut FDA, semua individu berusia 12 tahun dan ke atas layak untuk mendapatkan dos penggalak Pfizer dan boleh mendapatkannya seawal lima bulan selepas dos terakhir mereka dan bukannya enam bulan.

Data juga diambil dari Israel yang mencatatkan lebih daripada 6,300 kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun yang mendapat dos penggalak selepas lima bulan dan tidak menemui apa-apa risiko dan kebimbangan keselamatan yang serius.

Data juga menunjukkan dengan mengurangkan sela masa untuk dos penggalak kepada lima bulan tidak menunjukkan masalah.

Vaksin masih menawarkan perlindungan yang baik terhadap komplikasi serius sekiranya dijangkiti Covid-19.

Namun pihak berkuasa kesihatan menggesa semua orang yang layak untuk mendapatkan dos penggalak sebagai langkah untuk mengelak diri mendapat komplikasi teruk serta boleh melawan varian baharu, Omicron. - Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!