X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Kes baharu Covid-19 turun lagi, 2,690 hari ini

Sebanyak 2,690 kes positif baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin.
A
A

PUTRAJAYA- [DIKEMASKINI] Kes harian positif Covid-19 di negara ini terus menunjukkan penurunan dengan mencatatkan 2,690 kes pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, terdapat 300 kes import melibatkan 278 rakyat tempatan dan 22 warga asing direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Penularan dalam negara adalah 2,390 kes yang terdiri daripada 2,310 atau 96.2 peratus rakyat tempatan dan 73 orang warga asing.

"Sebanyak 52 kes daripada jumlah harian yang dilaporkan adalah kategori tiga hingga lima. Selebihnya, 2,638 atau 98.1 peratus adalah kategori satu dan dua. Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 2,767,044 kes," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurut Dr Noor Hisham, seramai 265 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 147 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Jumlah kes sembuh adalah 3,535 dengan kumulatifnya, 2,695,751 kes," kata beliau.

Dalam pada itu Dr Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan di Kelantan dan Johor melepasi nilai Rt Kebangsaaan iaitu 0.99 dengan masing-masing mencatatkan 1.0 dan 1.01 manakala negeri-negeri lain berada pada kadar antara 0.77 dan 0.99.

Sementara itu, beliau berkata, tiada kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di 194 pusat pemindahan sementara (PPS).

"Jumlah keseluruhan kes positif di PPS adalah 15 kes," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!