JKM bantu pulih emosi mangsa banjir

Pelbagai aktiviti diadakan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling JKM kepada mangsa-mangsa banjir di PPS. - Foto ihsan JKM
Pelbagai aktiviti diadakan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling JKM kepada mangsa-mangsa banjir di PPS. - Foto ihsan JKM
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan di bawah Bahagian Psikologi dan Kaunseling digerakkan ke semua pusat pemindahan sementara (PPS) di Negeri Sembilan untuk memberi sokongan emosi dan psikologi kepada mangsa banjir.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, pasukan itu yang diaktifkan pada 19 Disember lalu juga disertai sukarelawan.

"Pelbagai aktiviti dan pengisian dijalankan di PPS mengikut kelompok dewasa dan kanak-kanak termasuk sokongan secara individu atau berkumpulan. Aktiviti permainan interaktif seperti dam ular gergasi, congkak, melukis dan mewarna disediakan untuk kanak-kanak bagi mengalihkan tumpuan mereka.

"Bagi golongan wanita, kami menyediakan aktiviti memasak dan intervensi jangka pendek. Kit psikologi dan kaunseling kepada mangsa bencana turut diagihkan," katanya kepada pemberita, pada Isnin.

Pelbagai aktiviti diadakan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling JKM kepada mangsa-mangsa banjir di PPS. - Foto ihsan JKM
Pelbagai aktiviti diadakan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling JKM kepada mangsa-mangsa banjir di PPS. - Foto ihsan JKM

Menurutnya, dengan intervensi sebegitu, ia diharap membantu menghilangkan trauma dan tekanan perasaan kepada mangsa-mangsa banjir yang kehilangan harta benda serta rumah.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seramai 2,037 mangsa banjir dengan 552 keluarga direkodkan setakat ini berada di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) di Negeri Sembilan membabitkan daerah Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan, Mejar (PA) Shamil Ithman berkata, empat daerah berkenaan masing- masing merekodkan satu PPS di Jelebu; 11 di Tampin; tujuh di Jempol dan dua di Kuala Pilah

Artikel Berkaitan: