Sarawak labuh tirai 2021 dengan kes Covid-19 paling rendah

Sarawak mencatatkan 14 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kini 252,300. - Foto Bernama
Sarawak mencatatkan 14 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kini 252,300. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Sarawak melabuhkan tirai 2021 dengan mencatatkan kes harian baharu Covid-19 terendah pernah dicatatkan tahun ini dengan 14 kes.

Kali terakhir Sarawak mencatatkan kes harian Covid-19 terendah adalah pada 28 Disember lepas dengan 19 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan daripada jumlah kes baharu hari ini, dua kes melibatkan jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 12 kes lagi bergejala ringan dan tidak bergejala.

“Pertambahan kes hari ini juga menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak kini 252,300,” menurut JPBN. - Bernama

Artikel Berkaitan: