Pembalak tamak, tetap bawa keluar balak walaupun masih banjir

Khaidir membuat satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.
Khaidir membuat satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.
A
A
A

KUANTAN - Seorang aktivis alam sekitar mendedahkan sikap tamak pembalak yang tetap membawa keluar balak dari Hutan Simpan Lakum, Temerloh walaupun musibah banjir sedang melanda rakyat yang didakwa berpunca daripada aktiviti pembalakan.

Aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad berkata, perbuatan itu menunjukkan pembalak sedikit pun tidak rasa bersalah di atas musibah banjir yang sedang melanda rakyat disebabkan kerakusan mereka.

Menurutnya, sebaliknya golongan itu dilihat sudah mula memenuhkan semula saku mereka dengan hasil pembalakan.

"Petang ini (Khamis) saya menerima mesej dan gambar daripada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang mengenai lori balak berduyun-duyun keluar membawa balak dari Hutan Simpan Lakum sejak tiga hari lalu.

"Sungguh sedih, ketika lumpur di rumah mangsa banjir yang tenggelam masih lagi belum kering dan kayu balak yang menerjah sebahagian rumah mereka belum dialihkan tapi mereka (pembalak, pelesen dan kroni-kroni balak politik) sudah mula memenuhkan semula saku mereka dengan hasil pembalakan," kata Khaidir dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Khamis.

Artikel Berkaitan: