Legenda sukan permotoran meninggal dunia

Charlie Whiting
Charlie Whiting
A
A
A

SYDNEY - Pengarah perlumbaan Formula Satu (F1), Charlie Whiting meninggal dunia pada usia 66 tahun, pagi tadi selepas menderita masalah embolisme paru-paru, hanya tiga hari sebelum tirai perlumbaan musim 2019 dibuka, lapor agensi berita Xinhua.

Dikenali sebagai antara tokoh permotoran paling dihormati, Whiting anak kelahiran Britain itu berada di Melbourne untuk merasmikan Grand Prix Australia 2019.

"Pemergian Charlie amat menyedihkan. Saya telah lama mengenalinya, beliau seorang pengarah perlumbaan yang hebat," kata Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Jean Todt.

Whiting adalah pengarah perlumbaan F1 sejak 1997, memulakan kerjayanya pada 1977 dan popular sebagai mekanik utama untuk pasukan Brabham.- Bernama

Artikel Berkaitan: