Salahuddin Ayub meninggal dunia

Allahyarham Salahuddin Ayub.
Allahyarham Salahuddin Ayub.
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai meninggal dunia pada jam 9.23 malam ketika masih dalam Unit Rawatan Rapi HSB.

Berita kematian beliau diumumkan oleh anaknya, Fatihah Salahuddin menerusi perkongsian di Facebook.

"Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada jam 9.23 malam, 23 Julai 2023," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.