Ikram Pahang gerak misi bantuan bantu mangsa banjir di Pahang

Sukarelawan Ikram Pahang bersama badan di bawah gabungannya digerakan dalam misi penghantaran bantuan keperluan asas dan makanan kepada mangsa banjir di negeri ini.
Sukarelawan Ikram Pahang bersama badan di bawah gabungannya digerakan dalam misi penghantaran bantuan keperluan asas dan makanan kepada mangsa banjir di negeri ini.
A
A
A

KUANTAN - Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Pahang bersama badan gabungannya menggerakkan misi bantuan banjir ke daerah terjejas bencana itu di negeri ini bermula Ahad lalu.

Yang Dipertuanya, Suhaimi Mohd Aripin berkata, selain penyerahan pek keperluan asas dan makanan, pihaknya turut menggerakkan operasi membersihkan rumah penduduk yang terjejas.

Menurutnya, sehingga Sabtu, sebanyak 530 pek keperluan asas dan 1,246 pek makanan telah diagihkan kepada mangsa banjir di Kuantan, Temerloh,Mentakab, Bentong dan Raub.

"Selain itu, kami turut menghulurkan sumbangan 319 alas tidur (toto) dan 400 dapur memasak kepada mangsa banjir yang telah disumbangkan oleh pengguna Twitter melalui gerakan #DaruratBanjir.”

"Melalui operasi bantuan membersihkan rumah, setakat ini sebanyak 54 rumah penduduk telah dibersihkan di daerah terlibat," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

IMG-20211223-WA0122
IMG-20211223-WA0122

Beliau berkata, antara yang dibantu dalam misi bantuan itu termasuk 12 keluarga saudara baharu yang diuruskan oleh pihak Hidayah Center.

"Misi bantuan banjir itu masih diteruskan dengan kerjasama NGO di bawah Ikram Pahang selain sukarelawan beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah Belia Harmoni.

Artikel Berkaitan:

"Kami juga mendapat bantuan sukarelawan Ikram dari luar Pahang seperti Johor, Perak, Terengganu, Perlis dan Gombak serta beberapa kumpulan masyarakat setempat.

"Hari ini (Ahad) misalnya, pasukan Ikram Perak dan Selangor bergerak membantu mangsa banjir di Bentong, Raub dan Temerloh bersama-sama pasukan dari Kuantan dan Indera Mahkota," ujarnya.

Beliau berkata, sebelum ini, Ikram Health juga telah melawat ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) yang memerlukan khidmat perubatan di negeri ini.

"Semua sumbangan diserahkan kepada mangsa dan kos pengurusan adalah menggunakan sepenuhnya dana persendirian daripada Ikram,"jelasnya.