Anak kelahiran Pulau Pinang jadi juara badminton dunia

Loh Kean Yew
Loh Kean Yew
A
A
A

MALAYSIA sememangnya salah sebuah negara yang melahirkan ramai jaguh dalam dunia badminton sejak tahun 1960-an hingga hari ini.

Sama ada dalam acara individu atau berpasukan, pemain kita telah berjaya meraih pelbagai kemenangan dalam pertandingan di peringkat antarabangsa.

Namun sehingga hari ini, kita masih menanti sampai bila pemain badminton negara mampu bergelar juara dunia.

Datuk Lee Chong Wei misalnya, telah menggondol banyak kejohanan dunia dan menerima wang hadiah jutaan ringgit. Tetapi itu belum cukup. Sehingga beliau bersara, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu terus kempunan mahu memiliki pingat emas dalam dua pertandingan berprestij iaitu Kejohanan Badminton Dunia dan Sukan Olimpik.

Lain pula nasib bagi seorang lagi anak kelahiran Pulau Pinang, Loh Kean Yew yang merupakan bintang baharu dalam dunia badminton antarabangsa apabila melakukan kejutan memenangi pingat emas Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol pada Ahad.

‘Orang Penang’ akhirnya jadi juara badminton dunia. Namun, beliau bukan bermain untuk Malaysia tetapi Singapura. Pada 2010, Kean Yew berhijrah ke Singapura ketika umurnya 13 tahun selepas menerima biasiswa Persatuan Badminton Singapura dan melanjutkan pelajaran di sekolah sukan negara jiran itu. Beliau menjadi warganegara Singapura pada 2015.

Kejayaan menakjubkan yang dipamerkan Kean Yew meninggalkan persoalan kepada kita – apakah beliau mampu menjadi juara dunia sekiranya terus menetap dan mewakili negara asalnya? Adakah Malaysia tidak mampu melahirkan juara dunia?

Lihatlah bagaimana atlet angkat berat dari Filipina, Hidilyn Diaz boleh memenangi pingat emas Olimpik Tokyo 2020. Tempat latihannya bukan di gimnasium mewah.

Artikel Berkaitan:

Jadi, apakah kunci sebenar untuk pemain badminton negara naik ke podium bergelar juara dunia?