'Ayuh sujud dan tunduk kepada ALLAH'

NOOH
NOOH
A
A
A

SHAH ALAM - Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut menitipkan kata-kata semangat dan berharap mangsa banjir tidak berputus asa serta bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Menurutnya, ujian itu membuktikan ALLAH menyayangi hamba-Nya selain sebagai satu peringatan supaya bermuhasabah melihat kemungkinan ada kesilapan yang dilakukan selama ini.

"Ujian ini bukan sesuatu yang sia-sia kerana ada pahala dan ada penyelesaiannya. ALLAH sayangkan kita sebab itu diuji. ALLAH tidak pernah sesekali menzalimi hamba-Nya kecuali dia sendiri menzalimi diri sendiri.

"Sebab itu kita perlu bermuhasabah serta melihat perkara yang berlaku itu sebagai satu peringatan dan bersabar dengan ujian-Nya. Sesungguhnya ALLAH bersama orang yang bersabar," katanya.

Beliau turut berharap rakyat Malaysia dapat melaksanakan solat hajat agar situasi banjir di negara ini tidak menjadi lebih buruk.

"Tidak ada cara lain selain merebahkan diri sujud dan rukuk kepada ALLAH. Mohonlah kepada ALLAH kerana Dialah segalanya. Mohonlah agar air ini diangkat dan bumi menyedutnya sehingga kering seperti doa Nabi Nuh," katanya.

Beliau turut berharap pihak berkuasa dapat melihat kejadian ini sebagai satu pengajaran dan masa untuk bertindak agar kejadian sama tidak berulang.

"Kejadian ini mendedahkan kelemahan kita mungkin dari segi perancangan bandar, perparitan dan sebagainya. Ciptaan ALLAH itu ada manfaat dan kebaikan bagi mereka yang berfikir, beriman dan bertakwa.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH ada kaedahnya untuk kita mengatasi perkara ini dan sudah tentu perlu sujud dan rebahkan diri kepada ALLAH untuk memohon pertolongan," katanya.