Mangsa banjir termenung terima subsidi sewa rumah

Ahmad (belakang, empat dari kiri) bersama penerima Rumah 'Home2Live' pada Rabu.
Ahmad (belakang, empat dari kiri) bersama penerima Rumah 'Home2Live' pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyediakan subsidi rumah sewa kepada 58 ketua isi rumah yang menjadi mangsa banjir termenung bermula tahun ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, subsidi sebanyak RM300 sebulan itu diberikan dalam tempoh enam bulan pada tahun mangsa dilanda banjir.

Beliau berkata, pemberian subsidi dengan kos keseluruhan sebanyak RM417,600 yang dijangka berakhir pada 2026 selepas tiga fasa projek tebatan banjir siap.

"Kita jangkakan pada 2026 banyak kemajuan berlaku dalam pembinaan tebatan banjir berkenaan selepas fasa dua serta fasa tiga bermula pada Jun depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serahan 10 Kunci Rumah Home2Live di sini pada Rabu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusuff dan Presiden Muslim Care Malaysia Society, Zulkifli Wahijan.

Projek tebatan banjir di Kelantan membabitkan Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa Dua dan Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa Tiga.

Ahmad (kanan) menandatangani plak bagi merasmikan Pusat Latihan Dan Aktiviti Komuniti Rantau Panjang pada Rabu.
Ahmad (kanan) menandatangani plak bagi merasmikan Pusat Latihan Dan Aktiviti Komuniti Rantau Panjang pada Rabu.

Ahmad memberitahu, kerajaan mengambil pendekatan membantu mangsa banjir terbabit bagi meringankan beban mereka dan dapat meneruskan kerja dalam tempoh itu.

Tambah beliau, setakat ini antara keluarga yang dikenal pasti paling ramai ialah di Parlimen Rantau Panjang termasuk Kampung Tersang, Kampung Gual To'deh dan Kampung Lachang.

Melalui program itu seramai sepuluh keluarga asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU) serta mangsa kebakaran

menerima Rumah 'Home2Live' sumbangan Muslim Care Malaysia Society dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Ahmad berkata, kerajaan negeri turut menggalakkan badan bukan kerajaan (NGO) atau agensi membantu golongan memerlukan di negeri ini untuk meningkatkan kehidupan golongan itu.